cintailah nabi kita

cintailah nabi kita

Monday, 22 April 2013


Wanita pada zaman kemajuan teknologi ini berbeza dengan wanita pada zaman dahulu. Hal ini kerana mereka lebih terikat kepada adat dan kesusilaan serta agama yang banyak memainkan peranan dalam kehidupan seharian mereka dan disebabkan itu, mereka merasakan rumah itu  paling sesuai untuk mereka. Dari zaman ini bertukarlah kepada zaman meledaknya ICT, di situlah kita melihat wanita amat diperlukan dalam pembangunan negara ini dan mereka juga berhak menikmati kemajuan pada hari ini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah wanita pada hari ini mencapai banyak kejayaan yang sama taraf dengan lelaki. Maka, tidak hairanlah wanita sekarang banyak menumpukan hal ehwal kerja daripada urusan rumahtangga demi mengukuhkan kewangan keluarga mereka. Segelintir lelaki yang mengambil kesempatan ke atas wanita yang bekerja dengan alasan wanita yang bekerja ini tidak mampu untuk menguruskan urusan rumahtangga. Jadi mereka memohon poligami untuk alasan yang sebegini. Poligami bermaksud perkahwinan lebih dari satu dalam satu masa. Poligami merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi Baginda mengehadkan bilangan isteri yang boleh dikahwini oleh sang suami iaitu tidak melebihi empat orang sahaja. Sepertimana dalam surah An-nisa, Allah S.W.T  berfirman
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
Maksudnya;Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.” (Surah An-Nisa’:3). Sebagai isteri dan wanita yang bekerja dengan niat untuk membantu suami meningkatkan kewangan keluarga. Oleh yang demikian, masa isteri untuk menguruskan rumahtangga terhad kerana si isteri bekerja pekerjaan yang professional, jadi nafkah batin tak dipenuhi dan anak-anak pun terabai. Justeru, suami mengambil kesempatan atas sebab itu.
4.2 Hukum poligami
Hukum poligami yang asal adalah harus dan dibolehkan berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam surah An-nisa ayat ketiga iaitu
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“ Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka ), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan ( lain ): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman (Surah An-Nisa’:3).
Hukum –hukum lain adalah seperti berikut:-
4.2.1. Sunat
·         Apabila seorang suami memerlukan tambahan isteri dan isteri pertamanya mandul atau sakit sedangkan ia memerlukan anak sementara itu,dia yakin dia mampu untuk berlaku adil
4.2.2. Makruh  
·         Hanya untuk mencari keseronokan dan mengikut hawa nafsu semata-mata
·         Ragu-ragu terhadap kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya
4.2.3. Haram
·         Seseorang lelaki ingin berpoligami tetapi yakin sepenuhnya tidak mampu berlaku adil terhadap isteri-isterinya sehingga memudaratkan isteri-isterinya seperti kemiskinan dan kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan atau mempunyai tabiat yang buruk




4.3 Syarat-syarat poligami

Namun, begitu kita harus mengetahui syarat-syarat yang dikenakan oleh suami untuk berpoligami.
4.3.1. Mampu berlaku adil
`s9ur (#þqãèÏÜtFó¡n@ br& (#qä9Ï÷ès? tû÷üt/ Ïä!$|¡ÏiY9$# öqs9ur öNçFô¹tym ( Ÿxsù (#qè=ŠÏJs? ¨@à2 È@øŠyJø9$# $ydrâxtGsù Ïps)¯=yèßJø9$$x. 4 bÎ)ur (#qßsÎ=óÁè? (#qà)­Gs?ur  cÎ*sù ©!$# tb%x. #Yqàÿxî $VJŠÏm§ ÇÊËÒÈ
129. dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya); oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( surah an-nisa)

Berlaku adil antara isteri.Suami hendaklah berlaku adil dari segi giliran, tempat kediaman dan layanan yang baik.

a) Menurut Abu al-Aynayn, keadilan bermaksud penyamarataan terhadap semua   isteri tanpa memilih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami isteri dari segi perbuatan, pertuturan dan sikap keadilan ini wajib dicernakan dalam dalam perkara-perkara ikhtiar ( pilihan ) danlahiriah yang melibatkan beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan perjalanan. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk dalam tuntutan keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun begitu, suami tetap dilarang daripada menampakkan ini secara jelas

b)Selain itu, suami hendaklah berlaku adil dalam menyediakan tempat kediaman untuk isterinya sepatutnya hendaklah diasingkan sebagai satu usaha untuk mengelakkan perselisihan dan perasaan cemburu di kalangan para isteri. Menurut Abd al-Nasir Tawfiq al-Attar dalam bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-ijtima’iyyah wa al-qanuniyyah pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri. Bahkan dibolehkan juga disediakan bilik yang berasingan dalam satu rumah. Namun dari segi psikologinya menempatkan isteri-isteri di dalam rumah yang sama  tidaklah digalakkan kerana ia  akan memyebabkan mereka berselisih faham

c) Adil dalam aturan giliran bermalam juga penting. Suami wajib menentukan kadar giliran yang adil diantara isteri-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri pertama, kedua dan seterusnya. Suami dianggap tidak adil dan berdosa jika memberi giliran lebih banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walau bagaimanapun, Abd al-Nasir Tawfiq al-attar berpandangan kelonggaran  boleh diberikan pada malam-malam awal perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti malam tersebut kepada isteri tua.
d) Bagi yang bermusafir, menurut pendapat imam Syafi’I, suami wajib membuat undian di antara isteri-isterinya sekiranya beliau membawa salah seorang daripada mereka ketika bermusafir. Suami tidak perlu menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang lain. Berbeza keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami wajib mengganti semula giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperoleh haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh Aisyah menerusi hadis riwayat al-Bukhari yang maksudnya
“Nabi apabila keluar bermusafir, baginda akan menjalankan undian di antara isteri-isterin
4.3.2.      Kemampuan dalam memberi nafkah
Seorang suami mempunyai tanggungjawab untuk memberikan nafkah kepada para isterinya  zahir dan batin sama ada kepada seorang isteri atau lebih.nafkah zahir bermaksud aspek makan minum,pakaian,kediaman dan perubatan.Nafkah batin pula bermaksud kemampuan suami dalam memberi layanan seks kepada isteri.Ada dua pendapat dalam mazhab syafi’I mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri:-
v  Melihat kepada kondisi suami sahaja
v  Melihat kondisi kedua-dua suami  dan isteri
Pendapat kedua adalah adalah lebih sesuai dan menepati konsep keadilan kerana dalam banyak keadaan suami isteri yang datang dari berbagai-bagai  status kedudukan.Abu al-Aynayn dalam bukunya al-ziwaj wa al-Talaq fi al-islam berpandngan bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal pemberian nafkah.Walaupun begitu,ia tidak boleh diprakstiskan jika boleh membawa kepada perselisihan dan rasa tidak puas hati di antara isteri.


4.3.3.      Tidak lebih daripada empat orang isteri dalam satu masa
Seorang lelaki tidak boleh beristeri melebihi dari empat dalam satu waktu. Hal ini seperti mana yang telah diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Wahb al-Asadi ketika mana beliau masuk Islam, sedangkan beliau beristeri lebih dari empat. Maka Rasulullah s.a.w menyuruhnya memilih empat isteri sahaja dan yang lainnya diceraikan. Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Pilihlah empat dari mereka.” (Riwayat Abu Daud no: 2241. Disahihkan oleh al-Bani)


4.4 Masalah yang berlaku dalam poligami
Poligami banyak mendatangkan masalah kita lihat di media massa, poligami adalah satu hal yang sentiasa mendatangkan masalah. Setiap masa isu ini dipaparkan melalui akhbar ataupun televisyen bahawa ramai pasangan berpoligami menghadapi masalah rumahtangga terutamanya dari segi perbalahan antara madu. beberapa perkara perlu dinyatakan di sini.
4.4.1        Adil
Keadilan yang sebenar adalah meletakan sesuatu yang kena pada tempatnya. Seperti kasut letak dikaki, kopiah letaknya di kepala dan sebagainya.keadilan itu bukanlah membahagikan sesuatu itu sama rata atau sama banyak tetapi membahagikan sesuatu sama adil iaitu mengikut yang sepatutnya. Nafkah yang diberikan oleh suami kepada isterinya hendaklah diberikan ukuran yang maa’ruf. Ukuran yang menjadi kebiasaannya sehari-hari. Misalnya, jika isteri A sudah biasa makan daging dan buah-buahan setiap hari maka, nafkah yang  diberikan oleh suaminya harus mencukupi keperluan tersebut. Manakala jika isteri B sudah biasa makan daging dan buah-buahan pada hujung minggu, sudah memadai dengan kebiasaannya. Ukuran ini tidak dikira adil.
4.4.2        harta benda
 Ia  menjadi penting tempat kedua selepas kasih sayang. Namun harta benda menjadi penting jika seseorang lelaki ingin berpoligami. Bayangkan jika suami yang miskin dan tidak mempunyai banyak harta benda berpoligami dan isteri-isterinya masing-masing mempunyai anak yang lebih daripada empat orang dan anak-anaknya itu semuanya yang bersekolah dan ke universiti. Jadi, macam mana seorang suami  mahu menanggung perbelanjaan yang banyak sebegitu. Mungkin bagi mereka mengahwini wanita yang bekerja dapat meringankan beban keluarga namun suami tetap perlu memberi nafkah dari segi keperluan isteri dan anak-anaknya kerana suami adalah pemimpim keluarga. 

4.4.3        kasih sayang
Jika harta benda yang kedua, maka kasih sayang adalah benda yang paling  penting  dalam melayari bahtera perkahwinan.poligami yang dianjurkan bukanlah tujuan untuk memuaskan hawa nafsu tetapi ia adalah untuk kasih saang sesama manusia. Suami yang berpoligami harus membahagikan kasih sayang dengan seadil-adilnya  bukan sahaja dengan para isteri dan anak-anaknya juga perlu kasih sayang seorang ayah dengan sebaik-baiknya lebih-lebih lagi anak yang kecil. Secara umumnya seorang isteri memerlukan kasih sayng berpanjangan dari suami mereka.sememangnya ia  tidak boleh dipersoalkam dalam amalan poligami.

poligami tidak mendatangan masalah tetapi orang yang berpoligami itu bermasalah.
Allah tidak menghalalkan sesuatu yang memudharatkan manusia. yang disebabkan masalah yang dibuat oleh segelintir orang yang mempraktikkan poligami, maka kita secara borong mengatakan bahawa poligami membawa masalah. Setiap hari kita mendengar orang mati disebabkan oleh kemalangan ketika menaiki kereta, saya tidak pernah mendengar orang menuduh kemalangan itu disebabkan oleh kereta yang dinaiki, sama dengan poligami. Saban hari masalah yang kita baca di dada akhbar tentang poligami adalah datangnya dari orang yang mengamalkan poligami dan bukannya poligami itu sendiri. Ramai orang yang mengamalkan poligami berada dalam keadaan bahagia tetapi tidak diwar-warkan oleh media massa
Media massa didalangi golongan anti poligami. 
Media massa banyak dipengaruhi oleh golongan feminisme dan liberal yang sudah lama tidak senang dengan sistem perkahwinan Islam. Mereka sentiasa berkiblatkan barat dan ingin kita mempraktikkan gaya hidup barat yang mana poligami tidak wujud. Perkara yang kita lupa ialah walaupun poligami diharamkan dibarat, pintu zina dan amalan perempuan simpanan adalah perkara biasa disana. Kita menyusahkan poligami dan membuka pintu zina seluas-luasnya.

"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik." surah at-taubah)


4.5 Kesan poligami yang tidak menurut syarak
 Pandangan serong daripada masyarakat
Apabila suami mahu berpoligami, masyarakat yang memandang serong akan mengatakan pihak perempuan yang salah sebab tidak pandai menjaga suami dan juga menganggap isteri terlalu mementingkan kerja sehingga mengabaikan perhatian kepada anak-anak serta tanggungjawab isteri kepada suami. Para wanita takut untuk menerima poligami sebagai satu jalan yang membawa ke arah kebaikan untuk diamalkan dalam mahligai perkahwinan kerana pandangan serong yang dibuat oleh segelintir masyarakat yang tidak mengetahui permasalahan dalam sesebuah perkahwinan. Wanita berbeza dengan lelaki kerana wanita lebih memikirkan pandangan masyarakat sehingga mereka lupa untuk menilai pandangan dari sudut Islam

 Kemurungan dan hilang tumpuan
 Kemurungan bermaksud emosi yang sangat mendalam dan perasaan yang tidak realistik. Mereka juga mengalami kesdihan yang ekstrim dan berterusan selama dua minggu atau lebih dan kemurungan boleh merujuk kepada beberapa keadaan seperti kesedihan, kesayuan, kedukacitaan yang amat, putus asa dan semangat yang rendah. Kemurungan disebabkan suami yang berpoligami menjadi punca ramai wanita hilang segala tumpuan ditempat kerja sehingga sanggup mengambil cuti sakit yang berterusan atau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji bagi menenangkan perasaan. Mereka juga berasa rendah diri dan sedar akan  kekurangan diri sehingga suami beralih kepada wanita lain serta mewujudkan rasa kecewa  yang mendalam dengan tindakan suami. Akhir sekali, mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu runsing dengan keadaan suami. Akibatnya, mereka cenderung untuk membunuh diri lantaran terasa hidup mereka kosong dan menganggap suami telah berlaku curang
.
 melahirkan perasaan cemburu dalam diri isteri
Wanita merupakan insan  yang mempunyai  perasaan yang begitu sensitif dengan apa yang berlaku dipersekitaran mereka, setelah  sekian lama berkahwin suami pun menyatakan hasrat untuk menambah cawangan baru. Bayangkan macam mana reaksi si isteri tersebut? Macam-macam reaksi yang terpancar di riak muka si isteri. Apabila si isteri itu dapat tahu bahawa isteri muda lagi cantik daripada dia, timbul perasaan cemburu dalam diri isteri itu. Pelbagai persepsi dalam hati mereka walaupun mereka tidak tunjukkan. Isteri kesayangan Nabi Muhammad iaitu Aisyah r.a mempunyai sifat cemburu terhadap safiyah r.a. Tetap, apabila berlakunya poligami yang tidak mengikut  syariat   akan  memberi  impak yang besar terhadap institut kekeluargaan dalam Islam. Hal yang demikian kerana sifat cemburu yang tidak ditangani boleh membawa kepada kemudaratan.

melahirkan perasaan dendam anak-anak terhadap bapa mereka sendiri
Bagi anak-anak, kemesraan yang terjalin antara ibubapa mereka adalah sesuatu yang membahagiakan mereka. Namun,  perasaan itu akan berubah apabila si anak itu  mengetahui bahawa bapa mereka ingin berpoligamiwalaupun anak-anak tidak berhak untuk membantah keputusan ayah mereka. Namun sebagai anak,  mereka tahu apa yang tersirat dalam hati ibu mereka dan juga  mahu melihat ibu bapa mereka bersatu serta anak-anak  akan berasa bapa mereka tidak setia terhadap ibu mereka dan ini boleh menimbulkan perasaan marah dalam diri anak-anak.  Jika seorang bapa dan suami yang  berpoligami tetapi tidak mengikut syarak seperti tidak berlaku adil dari segi nafkah mampu memberikan kesan negatif yang menyebabkan anak-anak tidak menghormati bapa.