Wanita
pada zaman kemajuan teknologi ini berbeza dengan wanita pada zaman dahulu. Hal
ini kerana mereka lebih terikat kepada adat dan kesusilaan serta agama yang
banyak memainkan peranan dalam kehidupan seharian mereka dan disebabkan itu, mereka
merasakan rumah itu paling sesuai untuk
mereka. Dari zaman ini bertukarlah kepada zaman meledaknya ICT, di situlah kita
melihat wanita amat diperlukan dalam pembangunan negara ini dan mereka juga
berhak menikmati kemajuan pada hari ini. Oleh yang demikian, tidak hairanlah
wanita pada hari ini mencapai banyak kejayaan yang sama taraf dengan lelaki. Maka,
tidak hairanlah wanita sekarang banyak menumpukan hal ehwal kerja daripada
urusan rumahtangga demi mengukuhkan kewangan keluarga mereka. Segelintir lelaki
yang mengambil kesempatan ke atas wanita yang bekerja dengan alasan wanita yang
bekerja ini tidak mampu untuk menguruskan urusan rumahtangga. Jadi mereka
memohon poligami untuk alasan yang sebegini. Poligami bermaksud perkahwinan lebih
dari satu dalam satu masa. Poligami merupakan sunnah Nabi Muhammad s.a.w tetapi
Baginda mengehadkan bilangan isteri yang boleh dikahwini oleh sang suami iaitu
tidak melebihi empat orang sahaja. Sepertimana dalam surah An-nisa, Allah
S.W.T berfirman
وَإِنْ خِفْتُمْ
أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ
مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ
مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
Maksudnya;Dan jika kamu takut tidak
berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan
mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari
perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak
akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan)
seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian
itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.”
(Surah An-Nisa’:3). Sebagai isteri dan wanita yang bekerja dengan niat untuk membantu
suami meningkatkan kewangan keluarga. Oleh yang demikian, masa isteri untuk
menguruskan rumahtangga terhad kerana si isteri bekerja pekerjaan yang
professional, jadi nafkah batin tak dipenuhi dan anak-anak pun terabai. Justeru,
suami mengambil kesempatan atas sebab itu.
4.2 Hukum poligami
Hukum poligami yang asal adalah harus
dan dibolehkan berdasarkan Firman Allah S.W.T dalam surah An-nisa ayat ketiga
iaitu
وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى
فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ
خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ
أَدْنَى أَلَّا تَعُولُوا
“ Dan jika kamu takut tidak berlaku
adil terhadap perempuan-perempuan yatim ( apabila kamu berkahwin dengan mereka
), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan
( lain ): dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku
adil ( di antara isteri-isteri kamu ) maka ( berkahwinlah dengan ) seorang
sahaja, atau ( pakailah ) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian
itu adalah lebih dekat ( untuk mencegah ) supaya kamu tidak melakukan kezaliman
(Surah An-Nisa’:3).
Hukum –hukum lain adalah seperti berikut:-
4.2.1. Sunat
·
Apabila seorang
suami memerlukan tambahan isteri dan isteri pertamanya mandul atau sakit sedangkan
ia memerlukan anak sementara itu,dia yakin dia mampu untuk berlaku adil
4.2.2. Makruh
·
Hanya untuk mencari
keseronokan dan mengikut hawa nafsu semata-mata
·
Ragu-ragu terhadap
kemampuannya untuk berlaku adil terhadap isteri-isterinya
4.2.3. Haram
·
Seseorang lelaki
ingin berpoligami tetapi yakin sepenuhnya tidak mampu berlaku adil terhadap
isteri-isterinya sehingga memudaratkan isteri-isterinya seperti kemiskinan dan
kesihatan fizikal yang tidak mengizinkan atau mempunyai tabiat yang buruk
4.3 Syarat-syarat
poligami
Namun, begitu kita harus mengetahui
syarat-syarat yang dikenakan oleh suami untuk berpoligami.
4.3.1. Mampu berlaku adil
`s9ur
(#þqãèÏÜtFó¡n@
br&
(#qä9Ï÷ès?
tû÷üt/
Ïä!$|¡ÏiY9$#
öqs9ur
öNçFô¹tym
( xsù
(#qè=ÏJs?
¨@à2
È@øyJø9$#
$ydrâxtGsù
Ïps)¯=yèßJø9$$x.
4 bÎ)ur
(#qßsÎ=óÁè?
(#qà)Gs?ur
cÎ*sù
©!$#
tb%x.
#Yqàÿxî
$VJÏm§
ÇÊËÒÈ
129. dan kamu tidak akan dapat berlaku adil di antara
isteri-isteri kamu sekalipun kamu bersungguh-sungguh (hendak melakukannya);
oleh itu janganlah kamu cenderung Dengan melampau (berat sebelah kepada isteri
Yang kamu sayangi) sehingga kamu biarkan isteri Yang lain seperti benda Yang
tergantung (di awan-awan); dan jika kamu memperbaiki (Keadaan Yang pincang
itu), dan memelihara diri (daripada perbuatan Yang zalim), maka Sesungguhnya
Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. ( surah an-nisa)
Berlaku adil antara isteri.Suami
hendaklah berlaku adil dari segi giliran, tempat kediaman dan layanan yang
baik.
a) Menurut Abu al-Aynayn, keadilan
bermaksud penyamarataan terhadap semua isteri
tanpa memilih di antara mereka. Ia termasuk interaksi yang baik di antara suami
isteri dari segi perbuatan, pertuturan dan sikap keadilan ini wajib dicernakan
dalam dalam perkara-perkara ikhtiar ( pilihan ) danlahiriah yang melibatkan
beberapa aspek iaitu nafkah, pakaian, penempatan, giliran bermalam dan
perjalanan. Perasaan dan kasih sayang pula tidak termasuk dalam tuntutan
keadilan kerana ianya di luar kawalan manusia dan bersifat relatif. Walaupun
begitu, suami tetap dilarang daripada menampakkan ini secara jelas
b)Selain itu, suami hendaklah berlaku
adil dalam menyediakan tempat kediaman untuk isterinya sepatutnya hendaklah
diasingkan sebagai satu usaha untuk mengelakkan perselisihan dan perasaan
cemburu di kalangan para isteri. Menurut Abd al-Nasir Tawfiq al-Attar dalam
bukunya Ta’addud al-Zawjat min al-Nawahi al-Diniyyah wa al-ijtima’iyyah wa
al-qanuniyyah pengasingan ini bergantung kepada kemampuan seseorang suami yang mana
tidak semestinya disediakan sebuah rumah untuk setiap isteri. Bahkan dibolehkan
juga disediakan bilik yang berasingan dalam satu rumah. Namun dari segi psikologinya
menempatkan isteri-isteri di dalam rumah yang sama tidaklah digalakkan kerana ia akan memyebabkan mereka berselisih faham
c) Adil dalam aturan giliran bermalam
juga penting. Suami wajib menentukan kadar giliran yang adil diantara
isteri-isterinya tanpa mengira sama ada isterinya itu isteri pertama, kedua dan
seterusnya. Suami dianggap tidak adil dan berdosa jika memberi giliran lebih
banyak kepada salah seorang isteri berbanding dengan isterinya yang lain. Walau
bagaimanapun, Abd al-Nasir Tawfiq al-attar berpandangan kelonggaran boleh diberikan pada malam-malam awal
perkahwinan dengan isteri baru tanpa perlu diganti malam tersebut kepada isteri
tua.
d) Bagi yang bermusafir, menurut
pendapat imam Syafi’I, suami wajib membuat undian di antara isteri-isterinya
sekiranya beliau membawa salah seorang daripada mereka ketika bermusafir. Suami
tidak perlu menggantikan giliran bermalam kepada isteri yang lain. Berbeza
keadaannya jika undian tidak dibuat dan tiada kerelaan mana-mana isteri, suami
wajib mengganti semula giliran bermalam kepada isteri yang tidak memperoleh
haknya pada masa musafir tersebut. Perkara berkenaan undian ini disebut oleh
Aisyah menerusi hadis riwayat al-Bukhari yang maksudnya
“Nabi apabila keluar bermusafir, baginda
akan menjalankan undian di antara isteri-isterin
4.3.2.
Kemampuan dalam
memberi nafkah
Seorang suami mempunyai tanggungjawab
untuk memberikan nafkah kepada para isterinya
zahir dan batin sama ada kepada seorang isteri atau lebih.nafkah zahir
bermaksud aspek makan minum,pakaian,kediaman dan perubatan.Nafkah batin pula
bermaksud kemampuan suami dalam memberi layanan seks kepada isteri.Ada dua
pendapat dalam mazhab syafi’I mengenai kadar pemberian nafkah kepada isteri:-
v
Melihat kepada
kondisi suami sahaja
v
Melihat kondisi
kedua-dua suami dan isteri
Pendapat kedua adalah adalah lebih
sesuai dan menepati konsep keadilan kerana dalam banyak keadaan suami isteri
yang datang dari berbagai-bagai status
kedudukan.Abu al-Aynayn dalam bukunya al-ziwaj wa al-Talaq fi al-islam berpandngan
bahawa sebarang penambahan boleh diberikan kepada salah satu isteri dalam soal
pemberian nafkah.Walaupun begitu,ia tidak boleh diprakstiskan jika boleh
membawa kepada perselisihan dan rasa tidak puas hati di antara isteri.
4.3.3.
Tidak lebih
daripada empat orang isteri dalam satu masa
Seorang lelaki tidak boleh beristeri
melebihi dari empat dalam satu waktu. Hal ini seperti mana yang telah
diriwayatkan oleh sahabat Rasulullah s.a.w yang bernama Wahb al-Asadi ketika
mana beliau masuk Islam, sedangkan beliau beristeri lebih dari empat. Maka
Rasulullah s.a.w menyuruhnya memilih empat isteri sahaja dan yang lainnya
diceraikan. Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Pilihlah empat dari mereka.”
(Riwayat Abu Daud no: 2241. Disahihkan oleh al-Bani)
4.4 Masalah
yang berlaku dalam poligami
Poligami banyak mendatangkan
masalah kita lihat di media massa, poligami adalah satu hal yang sentiasa
mendatangkan masalah. Setiap masa isu ini dipaparkan melalui akhbar ataupun
televisyen bahawa ramai pasangan berpoligami menghadapi masalah rumahtangga
terutamanya dari segi perbalahan antara madu. beberapa perkara perlu dinyatakan
di sini.
4.4.1
Adil
Keadilan yang sebenar adalah
meletakan sesuatu yang kena pada tempatnya. Seperti kasut letak dikaki, kopiah
letaknya di kepala dan sebagainya.keadilan itu bukanlah membahagikan sesuatu
itu sama rata atau sama banyak tetapi membahagikan sesuatu sama adil iaitu
mengikut yang sepatutnya. Nafkah yang diberikan oleh suami kepada isterinya
hendaklah diberikan ukuran yang maa’ruf. Ukuran yang menjadi kebiasaannya
sehari-hari. Misalnya, jika isteri A sudah biasa makan daging dan buah-buahan
setiap hari maka, nafkah yang diberikan
oleh suaminya harus mencukupi keperluan tersebut. Manakala jika isteri B sudah
biasa makan daging dan buah-buahan pada hujung minggu, sudah memadai dengan
kebiasaannya. Ukuran ini tidak dikira adil.
4.4.2
harta benda
Ia
menjadi penting tempat kedua selepas kasih sayang. Namun harta benda
menjadi penting jika seseorang lelaki ingin berpoligami. Bayangkan jika suami
yang miskin dan tidak mempunyai banyak harta benda berpoligami dan
isteri-isterinya masing-masing mempunyai anak yang lebih daripada empat orang
dan anak-anaknya itu semuanya yang bersekolah dan ke universiti. Jadi, macam
mana seorang suami mahu menanggung perbelanjaan
yang banyak sebegitu. Mungkin bagi mereka mengahwini wanita yang bekerja dapat
meringankan beban keluarga namun suami tetap perlu memberi nafkah dari segi
keperluan isteri dan anak-anaknya kerana suami adalah pemimpim keluarga.
4.4.3
kasih sayang
Jika harta benda
yang kedua, maka kasih sayang adalah benda yang paling penting dalam melayari bahtera perkahwinan.poligami
yang dianjurkan bukanlah tujuan untuk memuaskan hawa nafsu tetapi ia adalah
untuk kasih saang sesama manusia. Suami yang berpoligami harus membahagikan
kasih sayang dengan seadil-adilnya bukan
sahaja dengan para isteri dan anak-anaknya juga perlu kasih sayang seorang ayah
dengan sebaik-baiknya lebih-lebih lagi anak yang kecil. Secara umumnya seorang
isteri memerlukan kasih sayng berpanjangan dari suami mereka.sememangnya
ia tidak boleh dipersoalkam dalam amalan
poligami.
poligami tidak mendatangan masalah tetapi
orang yang berpoligami itu bermasalah.
Allah tidak menghalalkan sesuatu yang
memudharatkan manusia. yang disebabkan masalah yang dibuat oleh segelintir
orang yang mempraktikkan poligami, maka kita secara borong mengatakan bahawa
poligami membawa masalah. Setiap hari kita mendengar orang mati disebabkan oleh
kemalangan ketika menaiki kereta, saya tidak pernah mendengar orang menuduh
kemalangan itu disebabkan oleh kereta yang dinaiki, sama dengan poligami. Saban
hari masalah yang kita baca di dada akhbar tentang poligami adalah datangnya
dari orang yang mengamalkan poligami dan bukannya poligami itu sendiri. Ramai
orang yang mengamalkan poligami berada dalam keadaan bahagia tetapi tidak
diwar-warkan oleh media massa
Media massa didalangi golongan anti poligami.
Media massa banyak dipengaruhi oleh golongan
feminisme dan liberal yang sudah lama tidak senang dengan sistem perkahwinan
Islam. Mereka sentiasa berkiblatkan barat dan ingin kita mempraktikkan gaya
hidup barat yang mana poligami tidak wujud. Perkara yang kita lupa ialah
walaupun poligami diharamkan dibarat, pintu zina dan amalan perempuan simpanan
adalah perkara biasa disana. Kita menyusahkan poligami dan membuka pintu zina
seluas-luasnya.
"Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama
dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan
yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam
tangannya (bakhil kedekut). Mereka telah melupakan (tidak menghiraukan
perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka.
Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik."
surah at-taubah)
4.5 Kesan poligami
yang tidak menurut syarak
Pandangan serong daripada masyarakat
Apabila suami mahu berpoligami, masyarakat yang
memandang serong akan mengatakan pihak perempuan yang salah sebab tidak pandai
menjaga suami dan juga menganggap isteri terlalu mementingkan kerja sehingga
mengabaikan perhatian kepada anak-anak serta tanggungjawab isteri kepada suami.
Para wanita takut untuk menerima poligami sebagai satu jalan yang membawa ke
arah kebaikan untuk diamalkan dalam mahligai perkahwinan kerana pandangan
serong yang dibuat oleh segelintir masyarakat yang tidak mengetahui permasalahan
dalam sesebuah perkahwinan. Wanita berbeza dengan lelaki kerana wanita lebih
memikirkan pandangan masyarakat sehingga mereka lupa untuk menilai pandangan
dari sudut Islam
Kemurungan dan hilang tumpuan
Kemurungan bermaksud emosi yang sangat mendalam dan
perasaan yang tidak realistik. Mereka juga mengalami kesdihan yang ekstrim dan
berterusan selama dua minggu atau lebih dan kemurungan boleh merujuk kepada
beberapa keadaan seperti kesedihan, kesayuan, kedukacitaan yang amat, putus asa
dan semangat yang rendah. Kemurungan disebabkan suami yang berpoligami menjadi
punca ramai wanita hilang segala tumpuan ditempat kerja sehingga sanggup
mengambil cuti sakit yang berterusan atau terpaksa mengambil cuti tanpa gaji
bagi menenangkan perasaan. Mereka juga berasa rendah diri dan sedar akan kekurangan diri sehingga suami beralih kepada
wanita lain serta mewujudkan rasa kecewa yang mendalam dengan tindakan suami. Akhir
sekali, mereka tidak peka dengan keadaan sekeliling kerana terlalu runsing
dengan keadaan suami. Akibatnya, mereka cenderung untuk membunuh diri lantaran
terasa hidup mereka kosong dan menganggap suami telah berlaku curang
.
melahirkan perasaan cemburu dalam diri
isteri
Wanita merupakan insan yang mempunyai perasaan yang begitu sensitif dengan apa yang
berlaku dipersekitaran mereka, setelah sekian lama berkahwin suami pun menyatakan
hasrat untuk menambah cawangan baru. Bayangkan macam mana reaksi si isteri
tersebut? Macam-macam reaksi yang terpancar di riak muka si isteri. Apabila si
isteri itu dapat tahu bahawa isteri muda lagi cantik daripada dia, timbul
perasaan cemburu dalam diri isteri itu. Pelbagai persepsi dalam hati mereka
walaupun mereka tidak tunjukkan. Isteri kesayangan Nabi Muhammad iaitu Aisyah
r.a mempunyai sifat cemburu terhadap safiyah r.a. Tetap, apabila berlakunya
poligami yang tidak mengikut syariat akan memberi
impak yang besar terhadap institut kekeluargaan dalam Islam. Hal yang
demikian kerana sifat cemburu yang tidak ditangani boleh membawa kepada kemudaratan.
melahirkan perasaan dendam anak-anak
terhadap bapa mereka sendiri
Bagi anak-anak, kemesraan yang terjalin antara
ibubapa mereka adalah sesuatu yang membahagiakan mereka. Namun, perasaan itu akan berubah apabila si anak
itu mengetahui bahawa bapa mereka ingin
berpoligamiwalaupun anak-anak tidak berhak untuk membantah
keputusan ayah mereka. Namun sebagai anak,
mereka tahu apa yang tersirat dalam hati ibu mereka dan juga mahu melihat ibu bapa mereka bersatu serta
anak-anak akan berasa bapa mereka tidak
setia terhadap ibu mereka dan ini boleh menimbulkan perasaan marah dalam diri
anak-anak. Jika seorang bapa dan suami
yang berpoligami tetapi tidak mengikut
syarak seperti tidak berlaku adil dari segi nafkah mampu memberikan kesan
negatif yang menyebabkan anak-anak tidak menghormati bapa.